Teks: Aishah Zainun
Assalamualaikum. Salam perkenalan.
Alhamdulillah
dengan nama Allah saya mula menulis blog ini.
Nama
saya Aishah binti Zainun berasal dari Kuala Kangsar Perak. Bersekolah rendah
dan menengah di Kuala Kangsar. Selepas tamat SPM, saya melanjutkan pengajian di
kolej Informatics dalam bidang komputer.
Sementara
mencari kerja yang bersesuaian dengan sijil saya. Saya mengajar di sebuah
sekolah rendah sebagai guru ganti bagi guru bersalin. Saya juga pernah mengajar
asas komputer iaitu Microsoft Word, Excel dan Powerpoint sambil menjaga
CyberCafe. Ini adalah pengalaman sebelum berkahwin, bila sudah mendirikan
rumahtangga saya tidak bekerja.
Disebabkan
saya tidak bekerja saya terdorong untuk mencuba perniagaan jualan langsung yang
diperkenalkan oleh abang ipar saya. Ada beberapa jenis jualan langsung yang
saya cuba tetapi akhirnya saya cuma menjadi pengguna sahaja kerana komitmen
terhadap keluarga. Saya suka mempromosi produk yang saya dah cuba guna pakai
kepada kawan-kawan. Sehingga hari ini saya masih memperkenalkan produk-produk
tersebut. Diantaranya produk kesihatan HPA seperti radix. InSyaAllah saya akan
berkongsi kebaikan radix diblog ini.
Selain
itu saya juga baru sahaja berjinak-jinak dengan kraftangan felt. Kain felt yang
berwarna warni ditambah dengan aksesori butang pelbagai bentuk dan warna yang
terang seperti memberi aura terapi minda. Setakat ini saya telah menjual
kraftangan felt seperti keychain, sepit rambut dan penanda buku.
Saya minat membaca novel atau majalah yang berunsurkan hiasan
dalaman, resepi-resepi mudah dan ringkas, dan kraftangan. Daripada bahan bacaan
ini saya cuba aplikasikan dalam kehidupan harian, terutama dalam bidang
masakan. Memang satu cabaran bagi saya yang mempunyai anak berumur antara dua
tahun ke tiga belas tahun. Melayan karenah selera 6 orang anak yang
berbeza-beza setiap hari mendorong saya mencari resepi yang sedap, mudah dan
ringkas. Saya juga akan membaca majalah kanak-kanak seperti Aulad, Adik Sayang
dan Ana Muslim. Bahan bacaan saya banyak membantu saya mendidik anak-anak
mengikut peringkat umur. Saya adalah seperti kata Dato’ Doktor Johari Mat dalam
ebook asas menulis blog.
“Kalau
seorang ibu mempunyai enam orang anak, hakikatnya dia ibarat seorang guru yang
mengajar enam buah kelas. Ini kerana setiap anak tidak sama serta memerlukan
pendekatan yang berbeza dalam mendidik
mereka.” memetik kata-kata Dato’ Doktor Johari Mat.
Dengan
menyertai kumpulan sokongan Akademi Berkerja Dari Rumah (ABDR) ini saya
berharap dapat menimba ilmu internet, perniagaan online, cara penulisan blog
yang betul dan sesuai dengan minat dan perniagaan yang bakal saya ceburi.
Semoga
dengan tulisan dan coretan yang tidak seberapa di blog ini dapat memberi
inspirasi kepada saya dan pembaca.
No comments:
Post a Comment