Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Wednesday, October 14, 2015

Kemalangan

Teks: Aishah Zainun
Foto: Google

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. 

Ada sesiapa yang pernah mengalami kemalangan jalan raya tak? Alhamdulillah kalau tak pernah. Kemalangan jalan raya akan membuatkan seseorang yang mengalaminya fobia.

Saya pernah mengalami kemalangan jalan raya pada tahun lepas, 2014. Tapi bukan di jalan raya yang besar, cuma jalan di tepi tempat pakir kereta.

Saya terpaksa menghantar anak yang sulung ke sebuah sekolah agama untuk menduduki peperiksaan kemasukan tingkatan satu. Pada mulanya suami saya yang sepatutnya membawa anak kami untuk peperiksaan tersebut tetapi tiba-tiba ada mesyuarat yang perlu dihadirinya. Maka sebab itu saya kata terpaksa. Bolehlah ya. Sebenarnya saya tak suka pergi ke tempat-tempat yang sibuk dan  banyak kenderaan.

Kalau dilihat kembali pada masa berlakunya kemalangan, keadaan disitu  tidaklah sibuk sangat. Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Kemalangan tersebut tidaklah teruk kerana tidak ada sesiapa yang cedera. Tapi kereta saya yang cedera.

Ceritanya macam ni.
 
Selepas menghantar anak ke sekolah berkenaan saya pun nak keluar ke pekan sementara menunggu peperiksaan selesai. Saya melalui sebuah tempat pakir kereta, saya petik signal kiri dan terus membelok ke kiri setelah pasti tidak ada kenderaan di belakang, tiba-tiba BANG!! Ya Allah terkejutnya saya. Sebuah bas telah melanggar bahagian depan sebelah kanan kereta saya. Saya terpaksa hon bas berkenaan kerana pemandu bas seperti tidak sedar akan perkara yang terjadi. Selepas menekan hon dengan kuat barulah bas berhenti dan pemandu bas turun dari bas. Saya pula terpaksa kebelakangkan sedikit kereta untuk turun dari kereta tetapi malangnya pintu kereta tidak boleh dibuka. Saya turun ikut pintu sebelah kiri. Pemandu bas marah sebab saya tidak berhati-hati. Saya pun balas dengan mengatakan yang dia tak bagi signal ke kiri.

Daripada bertengkar disitu saya terus cakap saya nak buat laporan polis. Walaupun pemandu bas menyalahkan saya dan mengugut kalau saya buat laporan, polis akan saman saya kerana saya yang bersalah. Bagi saya pula dia yang bersalah sebab tak bagi signal. Saya catat nombor plat dan nama bas untuk buat laporan polis. Saya tidak berniat untuk menyaman atau apa-apa, tetapi pada ketika itu saya seorang perempuan dan saya keseorangan, pemandu bas seorang lelaki dan dia bersama dua orang rakannya memarahi saya seperti hendak menyerang saya. Saya rasa takut dan terfikir nak pergi dari situ dengan aman sahaja. Sebaik selesai membuat laporan polis saya terus memandu ke bengkel membaiki kereta. Pomen kereta bajet rm150 ke rm200 sahaja  kos membaiki kereta.

Alhamdulillah, enjin tidak mengalami apa-apa kerosakan. Alhamdulillah, saya tidak mengalami kecederaan. Walaupun selepas kejadian tersebut tangan saya terketar-ketar memegang stereng kereta semasa memandu ke balai polis. Kalau berselisih dengan kenderaan yang besar ketika memandu saya akan cuba jauhkan jarak kereta sebanyak dua buah kereta. Apapun nasihat saya kepada diri saya sendiri dan pembaca semua berhati-hati dengan kenderaan yang besar. Tidak ada orang yang inginkan kemalangan berlaku. Sama-samalah kita beringat sebelum terlambat. InSyaAllah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, October 6, 2015

Seronoknya Berniaga


Teks: Aishah Zainun
 
Assalamualaikum. 

Saya minat berniaga. Sehingga mendorong saya membuka gerai di sebuah masjid yang membenarkan orang berniaga diluar kawasan masjid. Setiap jumaat ada sahaja peniaga yang membuka gerai di masjid tersebut. Kebanyakannya adalah gerai makanan. Saya pula menjual produk kesihatan Hpa. Tapak gerai adalah percuma. Pada mulanya saya berasa malu kerana hari jumaat penuh dengan orang lelaki. Tetapi terdapat juga jemaah perempuan yang menunaikan solat jumaat.

 
Saya dibantu oleh adik perempuan saya. Masa tu anak bongsu saya baru berusia setahun lebih, jadi saya perlukan pembantu untuk memasang kanopi, membuka meja dan menyusun barang.

Saya mula berniaga pada pukul 11 pagi dan tamat pada pukul 2.30 petang. 3 jam sahaja. Keuntungan memang tidak menentu. Kadang dapat rm50.00, kadang  rm10 sahaja, adakalanya tak dapat apa-apa. Itulah namanya rezeki.
 

Lebih kurang setahun saya berniaga, adik saya dapat tawaran menyambung pelajaran ke MARA. Saya terpaksa berhenti berniaga kerana ketiadaan pembantu. Bukan senang nak pasang kanopi 10 x 10 kaki. Kalau nak buka meja dan susun barang tu boleh lah buat sendiri. Sedih juga bila tak dapat berniaga disitu lagi.

 
Saya telah mendapat beberapa orang pelanggan tetap hasil dari  membuka gerai tersebut. Sehingga kini ada yang sms saya untuk mendapatkan produk Hpa. Alhamdulillah.