Foto: Google
Assalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh.
Ada
sesiapa yang pernah mengalami kemalangan jalan raya tak? Alhamdulillah kalau
tak pernah. Kemalangan jalan raya akan membuatkan seseorang yang mengalaminya
fobia.
Saya
pernah mengalami kemalangan jalan raya pada tahun lepas, 2014. Tapi bukan di
jalan raya yang besar, cuma jalan di tepi tempat pakir kereta.
Saya
terpaksa menghantar anak yang sulung ke sebuah sekolah agama untuk menduduki
peperiksaan kemasukan tingkatan satu. Pada mulanya suami saya yang sepatutnya
membawa anak kami untuk peperiksaan tersebut tetapi tiba-tiba ada mesyuarat
yang perlu dihadirinya. Maka sebab itu saya kata terpaksa. Bolehlah ya. Sebenarnya
saya tak suka pergi ke tempat-tempat yang sibuk dan banyak kenderaan.
Kalau
dilihat kembali pada masa berlakunya kemalangan, keadaan disitu tidaklah sibuk sangat. Inilah yang dikatakan
malang tidak berbau. Kemalangan tersebut tidaklah teruk kerana tidak ada
sesiapa yang cedera. Tapi kereta saya yang cedera.
Ceritanya
macam ni.
Selepas
menghantar anak ke sekolah berkenaan saya pun nak keluar ke pekan sementara
menunggu peperiksaan selesai. Saya melalui sebuah tempat pakir kereta, saya
petik signal kiri dan terus membelok ke kiri setelah pasti tidak ada kenderaan
di belakang, tiba-tiba BANG!! Ya Allah terkejutnya saya. Sebuah bas telah
melanggar bahagian depan sebelah kanan kereta saya. Saya terpaksa hon bas
berkenaan kerana pemandu bas seperti tidak sedar akan perkara yang terjadi.
Selepas menekan hon dengan kuat barulah bas berhenti dan pemandu bas turun dari
bas. Saya pula terpaksa kebelakangkan sedikit kereta untuk turun dari kereta
tetapi malangnya pintu kereta tidak boleh dibuka. Saya turun ikut pintu sebelah
kiri. Pemandu bas marah sebab saya tidak berhati-hati. Saya pun balas dengan
mengatakan yang dia tak bagi signal ke kiri.
Daripada
bertengkar disitu saya terus cakap saya nak buat laporan polis. Walaupun
pemandu bas menyalahkan saya dan mengugut kalau saya buat laporan, polis akan
saman saya kerana saya yang bersalah. Bagi saya pula dia yang bersalah sebab
tak bagi signal. Saya catat nombor plat dan nama bas untuk buat laporan polis.
Saya tidak berniat untuk menyaman atau apa-apa, tetapi pada ketika itu saya
seorang perempuan dan saya keseorangan, pemandu bas seorang lelaki dan dia
bersama dua orang rakannya memarahi saya seperti hendak menyerang saya. Saya
rasa takut dan terfikir nak pergi dari situ dengan aman sahaja. Sebaik selesai
membuat laporan polis saya terus memandu ke bengkel membaiki kereta. Pomen
kereta bajet rm150 ke rm200 sahaja kos
membaiki kereta.
Alhamdulillah,
enjin tidak mengalami apa-apa kerosakan. Alhamdulillah, saya tidak mengalami
kecederaan. Walaupun selepas kejadian tersebut tangan saya terketar-ketar
memegang stereng kereta semasa memandu ke balai polis. Kalau berselisih dengan
kenderaan yang besar ketika memandu saya akan cuba jauhkan jarak kereta
sebanyak dua buah kereta. Apapun nasihat saya kepada diri saya sendiri dan
pembaca semua berhati-hati dengan kenderaan yang besar. Tidak ada orang yang inginkan kemalangan berlaku. Sama-samalah kita beringat sebelum terlambat. InSyaAllah.
No comments:
Post a Comment