Friday, November 13, 2015

Kopi Radix Diet

Teks: Aishah Zainun
Foto: Aishah Zainun

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Salam ceria semua. Saya doakan semoga sihat sejahtera. Pada pertemuan kali ini saya kongsikan berita gembira untuk yang tidak boleh minum air yang bergula. Lumrahnya kita semua suka yang manis-manis, betul kan. Alhamdulillah HPA telah mengeluarkan satu produk yang tidak menggunakan gula biasa.


Kopi radix diet

 

 


 












 
 
 
Kopi radix diet ini sesuai untuk:
  • pengidap kencing manis
  • ghout, gastrik
  • darah tinggi
  • obesity

Rasa kopi radix diet memang sedikit pahit. Ia menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Bagi mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu diminum untuk mengekalkan kesihatan.


Kopi radix diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dimana ianya juga boleh digunakan untuk masalah impotensi. Kopi radix diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi radix diet.


Kelebihan kopi radix diet dapat dirasai selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi radix diet. Kopi ini sesuai untuk semua khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.


Campuran 7 herba bersama daun stevia. Daun stevia merupakan pemanis semulajadi. Kopi radix diet ini amat sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis. Tidak mengandungi kalori.


Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua. Kepada yang berminat untuk membeli kopi radix diet boleh hubungi saya melalui telefon atau what’s App di nombor
013-5281719.


Kopi Radix

Teks: Aishah Zainun
Foto: Google

Assalamualaikum

Apa khabar pembaca semua? Saya doakan semoga sihat dan ceria selalu.

 
Kalau ada rasa letih atau sakit badan atau lenguh-lenguh, InSyaAllah saya ada cara untuk hilangkannya. Dulu saya pun ada rasa macam tu. Pada ketika itu saya baru ada 3 orang anak. Kerja-kerja rumah yang tidak pernah habis, anak-anak yang masih kecil dan menyusu badan lagi, membuatkan saya selalu letih dan badan sakit-sakit. Saya diperkenalkan kepada kopi radix oleh abang sulung saya. Bila saya mula minum kopi radix saya rasa bertenaga, badan saya yang sakit-sakit semakin beransur-ansur hilang dan saya tidak terlalu lesu. Walaupun selepas buat kerja-kerja rumah dan bermain dengan anak-anak saya masih ada tenaga untuk hobi saya. Membaca buku. Saya tidak lagi mengantuk bila membaca buku. Saya rasa seronok sebab dapat meneruskan hobi saya. Alhamdulillah. Sehingga hari ini, saya masih mengamalkan minum kopi radix.

Kopi Radix

Antara kandungan kopi radix ialah 7 herba terpilih. Dibawah saya senaraikan 7 jenis herba dan kebaikannya.

1. Tongkat Ali

-menurunkan demam panas
-demam kuning atau keracunan hati
-melegakan sakit-sakit tulang dan sendi
-gatal-gatal badan
-batuk kering(TB)
-kencing manis
-meningkatkan tenaga batin

2. Mata Pelanduk
Akar Mata pelanduk dapat merawat otot atau ligament yang terseliuh,
sakit dada, cirit-birit, sakit tekak, keracunan, pembengkakan testis,
demam dan juga batuk-batuk.

3. Teja Lawang
Akar Teja Lewang digunakan juga untuk menurunkan demam,
melegakan asma, batuk, lumbago, menambah tenaga, dan juga baik
untuk ibu selepas bersalin.

4. Tebu Gajah

Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam,
mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan juga
sebagai ubat tenaga batin.

5. Mengkudu hutan
Akar Mengkudu hutan dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit
jantung, darah tinggi, sebagai Pelawas, memberikan tidur yang
berkualiti dan juga dapat menghaluskan kulit.

6. Larak hutan
Akarnya dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan,
dapat membuangkan angin dan juga sebagai tonik.

7. Halban
Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit
badan, awet muda, antioksidan dan dapat melegakan batuk.




Cubalah kopi radix. Mai secawan.
Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. Kepada yang berminat untuk membeli kopi radix, boleh hubungi saya melalui telefon atau what’s App di no 013-5281719
 
 

Wednesday, October 28, 2015

Radix

Teks: Aishah Zainun
Foto: Aishah Zainun

Assalamualaikum. Bertemu kembali dalam blog Aishah. Alhamdulillah.

Dalam entri pengenalan saya ada menyebut tentang radix. Radix adalah salah satu produk keluaran Herba Penawar Al-Wahida atau lebih dikenali sebagai HPA. Ada banyak jenis radix.

Antaranya :-
 
·         Kopi radix
·         Kopi radix diet
·         Kopi radix sihat
·         Kopi radix halia
·         Kopi radix Himalaya
·         Kopi radix kacip fatimah
·         Kopi radix habbatusauda
·         Kopi radix gamat
·         Radix teh manjakani
·         Radix IQ
·         Radix koko
·         Radix koko kolagen
·         Radix cereal

 













Nantikan kebaikan dan kelebihan semua RADIX di atas pada entri akan datang.

InSyaAllah.

Tuesday, October 27, 2015

Belajar Dari WAHM

Teks: Aishah Zainun


Assalamualaikum.

 
Selamat sejahtera. Saya doakan semoga pembaca semua sihat dan ceria selalu. Dalam entri yang lepas saya ada menyatakan yang saya tidak tahu apa yang nak difokuskan dalam blog ini. Tapi lepas habis baca ebook Super WAHM Super Mom(Work At Home Mom) dan ebook Home based business, saya dapat idea dan ingin cuba buat seperti apa yang tertulis dalam ebook Super WAHM Super Mom.

Dalam ebook Super WAHM Super Mom ada menceritakan tentang apa itu WAHM, SAHM dan SOHO.

WAHM - Work At Home Mom
SAHM - Stay At Home Mom
SOHO - Small Office Home Office
 
Ramai WAHM yang berkongsi pengalaman mula-mula jadi WAHM.
 
1.      Cabaran berniaga dari rumah- anak-anak, kerja rumah, diri sendiri
2.      Bagaimana mendisiplinkan diri dan anak-anak
3.      Cara membahagi masa
4.      Cara buat jadual kerja rumah
5.      Membuat jadual kerja sendiri
6.      Motivasi diri untuk mengekalkan momentum
7.      Mendapatkan bantuan dan kerjasama dari suami

 
Diantara perkara yang saya senaraikan di atas, terdapat dua perkara penting yang saya perlu buat untuk mengubah diri saya. Iaitu jadual kerja rumah dan jadual kerja sendiri. Dua perkara ini akan membuatkan saya secara tidak langsung berdisiplin dan boleh membahagikan masa.

Walaupun saya memang suri rumah sepenuh masa tapi bila masuk bab pengurusan masa, masih banyak yang perlu saya perbaiki.

Jadi buat masa ini saya telah cuba susun jadual untuk kerja rumah, anak, dan menulis blog. Masih cuba untuk menyesuaikan masa yang sesuai untuk sesuatu kerja. Mungkin jadual saya akan berubah-ubah setiap hari mengikut keadaan hari. Setiap malam saya akan buat jadual untuk hari esoknya.
 
Untuk memotivasikan diri saya cuba baca blog ABDR yang lain. Semua blog seperti ada aura yang tersendiri. Tapi yang paling kuat adalah aura positif. Dari sini saya faham, aura positif ini yang menarik pembaca untuk setia dengan sesebuah blog. Saya sedang cuba masukkan aura positif ini seperti tukarkan emosi negatif dalam bentuk ayat positif.

 
Doakan yang terbaik untuk saya.

Monday, October 26, 2015

Fokus

Teks: Aishah Zainun

Assalamualaikum.

 
Dari mula menulis blog ini saya memang tidak berapa pasti apa yang akan saya fokuskan. Saya minat menjahit tapi tidak pernah belajar secara formal. Maksud saya mengikuti kelas jahitan baju atau kraftangan.

 
Saya minat membaca tetapi untuk menulis, rasa seperti bahasa atau ayat yang saya bina tidak sedap. Ia seperti tidak sampai ke hati pembaca.
 

Saya punya keyakinan diri yang sangat rendah. Saya cuba kuatkan semangat dan yakin tetapi saya selalu kalah. Tidak tahu apa yang perlu difokuskan dan dimana hendak dimulakan, juga bagaimana hendak memulakan. Walau macam mana pun saya ingin buat perubahan. Itulah di antara tujuan saya menyertai ABDR.

 
Saya buat keputusan untuk baca ebook-ebook yang saya dapat daripada ABDR (Akademi Bekerja Dari Rumah). Ada lagi dua ebook yang belum saya baca. Saya harap boleh mendapat idea selepas khatam ebook-ebook tersebut.

 
Rancangan awal nak berehat sambil khatam ebook selama 2 hari sahaja. Tapi terlajak  hampir 2 minggu.Ini kerana suami saya berkerja diluar kawasan (outstation) dan bawa sekali netbooknya yang saya guna untuk menulis blog. Jadinya saya habiskan membaca ebook dan menulis entri dalam buku nota sahaja. Saya sudah ada idea dan rasa yakin untuk menulis semula. Nantikan entri saya yang akan datang dengan  idea baru dan lebih fokus. InSyaAllah.

Wednesday, October 14, 2015

Kemalangan

Teks: Aishah Zainun
Foto: Google

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. 

Ada sesiapa yang pernah mengalami kemalangan jalan raya tak? Alhamdulillah kalau tak pernah. Kemalangan jalan raya akan membuatkan seseorang yang mengalaminya fobia.

Saya pernah mengalami kemalangan jalan raya pada tahun lepas, 2014. Tapi bukan di jalan raya yang besar, cuma jalan di tepi tempat pakir kereta.

Saya terpaksa menghantar anak yang sulung ke sebuah sekolah agama untuk menduduki peperiksaan kemasukan tingkatan satu. Pada mulanya suami saya yang sepatutnya membawa anak kami untuk peperiksaan tersebut tetapi tiba-tiba ada mesyuarat yang perlu dihadirinya. Maka sebab itu saya kata terpaksa. Bolehlah ya. Sebenarnya saya tak suka pergi ke tempat-tempat yang sibuk dan  banyak kenderaan.

Kalau dilihat kembali pada masa berlakunya kemalangan, keadaan disitu  tidaklah sibuk sangat. Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Kemalangan tersebut tidaklah teruk kerana tidak ada sesiapa yang cedera. Tapi kereta saya yang cedera.

Ceritanya macam ni.
 
Selepas menghantar anak ke sekolah berkenaan saya pun nak keluar ke pekan sementara menunggu peperiksaan selesai. Saya melalui sebuah tempat pakir kereta, saya petik signal kiri dan terus membelok ke kiri setelah pasti tidak ada kenderaan di belakang, tiba-tiba BANG!! Ya Allah terkejutnya saya. Sebuah bas telah melanggar bahagian depan sebelah kanan kereta saya. Saya terpaksa hon bas berkenaan kerana pemandu bas seperti tidak sedar akan perkara yang terjadi. Selepas menekan hon dengan kuat barulah bas berhenti dan pemandu bas turun dari bas. Saya pula terpaksa kebelakangkan sedikit kereta untuk turun dari kereta tetapi malangnya pintu kereta tidak boleh dibuka. Saya turun ikut pintu sebelah kiri. Pemandu bas marah sebab saya tidak berhati-hati. Saya pun balas dengan mengatakan yang dia tak bagi signal ke kiri.

Daripada bertengkar disitu saya terus cakap saya nak buat laporan polis. Walaupun pemandu bas menyalahkan saya dan mengugut kalau saya buat laporan, polis akan saman saya kerana saya yang bersalah. Bagi saya pula dia yang bersalah sebab tak bagi signal. Saya catat nombor plat dan nama bas untuk buat laporan polis. Saya tidak berniat untuk menyaman atau apa-apa, tetapi pada ketika itu saya seorang perempuan dan saya keseorangan, pemandu bas seorang lelaki dan dia bersama dua orang rakannya memarahi saya seperti hendak menyerang saya. Saya rasa takut dan terfikir nak pergi dari situ dengan aman sahaja. Sebaik selesai membuat laporan polis saya terus memandu ke bengkel membaiki kereta. Pomen kereta bajet rm150 ke rm200 sahaja  kos membaiki kereta.

Alhamdulillah, enjin tidak mengalami apa-apa kerosakan. Alhamdulillah, saya tidak mengalami kecederaan. Walaupun selepas kejadian tersebut tangan saya terketar-ketar memegang stereng kereta semasa memandu ke balai polis. Kalau berselisih dengan kenderaan yang besar ketika memandu saya akan cuba jauhkan jarak kereta sebanyak dua buah kereta. Apapun nasihat saya kepada diri saya sendiri dan pembaca semua berhati-hati dengan kenderaan yang besar. Tidak ada orang yang inginkan kemalangan berlaku. Sama-samalah kita beringat sebelum terlambat. InSyaAllah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SALAM MA'AL HIJRAH


Teks: Aishah Zainun
Sumber: Wassap Telefon Bimbit
Foto: Google


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

 
Apabila datangnya hari tertentu berbagai ucapan dan kata-kata pujangga memenuhi ruang wassap dalam telefon bimbit. Diantara yang menarik yang saya dapat di dalam wassap telefon bimbit saya ingin saya titipkan disini.

 
Saya kongsikan kata-kata dari seorang perawi hadith sempena tahun 1437H.


Berkata Imam Abu Hurairah Radhiallahu anhu :

 

Setiap kali datangnya tahun baru

membuat daku risau dan resah selalu

kerana semakin singkat umurku

semakin dekat ajalku

semakin tipis pengampunan Allah terhadapku

dan semakin dekatnya hari perhitunganku

 

Selagi ada KEHIDUPAN

UMUR adalah KESEMPATAN

MUDA lah dengan KESUNGGUHAN

DEWASA lah dengan PENGAJARAN

TUA lah dengan PENGALAMAN

LAPANG lah dengan KEMAAFAN

SIBUK lah dengan  KEMANFAATAN

KAYA lah dengan KEBAIKAN

MISKIN lah dengan KEBENCIAN

KUAT lah dengan KESABARAN

HIDUP lah dengan KETAATAN

MATI lah dengan KEIMANAN

Dan BERBAHAGIA lah dengan BAIK SANGKAAN

INSYAALLAH
 
 
 
 

Thursday, October 8, 2015

Siapkan Tempahan

Teks: Aishah Zainun
Foto: Aishah Zainun


Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Bersyukur masih lagi dapat menghirup oksigen pada hari ini. Senyum. Senyum itu sedekah.

 
Hari ini saya dapat tempahan kraftangan felt dari adik ipar. Dia akan membuka satu gerai di sebuah sekolah agama sempena peperiksaan kemasukan tingkatan satu bagi tahun 2016.

 
Tak banyak yang dapat saya hasilkan kerana kesuntukan masa. Tiga hari sebelum buka gerai adik ipar wassap saya bagitau nak buat tempahan. Jadi di antara kraftangan yang saya sempat hasilkan ialah:-
 

-          rantai kunci bentuk hati berbagai corak

-          handphone strap bentuk hati

-          rantai kunci huruf TQ (thank you)

-          hiasan tulisan ‘Assalamualaikum’ lekat pada dinding atau pintu

 
Siap paketkan dan tanda harga bagi memudahkan jualan. Semoga laris.
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buku Pilihan


Teks: Aishah Zainun
Foto: Aishah Zainun


Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini jerebu sudah semakin kurang. Tak adalah risau sangat bila anak-anak ke sekolah. Dua hari sekolah ditutup disebabkan jerebu. Saya dan anak-anak mengisi masa dengan membaca buku. Selain daripada membaca buku-buku pelajaran dan menyiapkan buku latihan, majalah kanak-kanak seperti Ana Muslim dan Adik Sayang menjadi pilihan anak-anak saya. Saya pun mengambil kesempatan membaca buku. Benar Tapi Pelik, tajuk buku pilihan saya. Dulu saya tak suka membaca buku yang tajuknya ada pelik-pelik ni, sebab saya takut tak dapat terima kepelikan yang di ceritakan dalam buku tersebut. Cerita pelik yang tidak masuk akal dan akan menyebabkan saya terbayang-bayangkannya.

 
Kisah-kisah yang ada dalam buku ini dapat saya ceritakan semula kepada anak-anak saya. Salah satu kisah yang mereka suka ialah kisah bulan terbelah. Pernah dengar tak bulan terbelah? Mula-mula saya tengok tajuknya saya terfikir tak pernah pun dengar tentang bulan terbelah. Malah kisah ini adalah mukjizat nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Jom saya ceritakan secara ringkas disini. 
 

Orang Musyrik telah mencabar Nabi SAW menunjukkan satu kehebatan yang dapat membuktikan kenabian Baginda. Lalu mereka menyuruh Nabi SAW membelah bulan. Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT. Allah telah mewahyukan Baginda supaya menunjukkan jari telunjuknya kearah bulan. Sejurus itu terbelahlah bulan kepada dua bahagian, dan akhirnya bercantum kembali menjadi satu. Namun orang-orang Musyrik menuduh Nabi SAW sebagai seorang ahli sihir yang hebat. Tetapi golongan yang arif tentang sihir mengatakan sihir berfungsi terhadap sesiapa yang hampir dengannya sahaja tidak lebih dari itu. Lantas golongan Musyrik bergegas ke sempadan Kota Makkah dan bertanya kepada kenalan mereka yang baru pulang daripada bermusafir. Apabila ditanya tentang adakah mereka terlihat sesuatu yang ganjil terjadi kepada bulan. Mereka menjawab, “Ya! Semalam kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling berpisah kepada dua bahagian dan kemudian bersatu kembali!”

 
Ya Allah,  hebatkan. Banyak lagi kisah-kisah yang benar tapi pelik yang kita tak pernah tahu. Kisah yang sangat menarik untuk dibaca dan diceritakan kepada anak-anak kita. Setiap kisah ada hikmah dan pengajaran yang disenaraikan di dalam  buku ini. Saya akan ceritakan kepada anak-anak saya dengan gaya bahasa saya sendiri dan guna perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh kanak-kanak.


Benar Tapi Pelik yang dikarang oleh Doktor Haji Zahazan bin Mohamed dan diterbitkan oleh Telaga Biru. Sangat istimewa. Dapat menambah pengetahuan agama dan meningkatkan keimanan.