Assalamualaikum.
Selamat
sejahtera. Saya doakan semoga pembaca semua sihat dan ceria selalu. Dalam entri
yang lepas saya ada menyatakan yang saya tidak tahu apa yang nak difokuskan
dalam blog ini. Tapi lepas habis baca ebook Super WAHM Super Mom(Work At Home Mom) dan ebook
Home based business, saya dapat idea dan ingin cuba buat seperti apa yang
tertulis dalam ebook Super WAHM Super Mom.
Dalam
ebook Super WAHM Super Mom ada menceritakan tentang apa itu WAHM, SAHM dan SOHO.
WAHM
- Work At Home Mom
SAHM
- Stay At Home MomSOHO - Small Office Home Office
Ramai
WAHM yang berkongsi pengalaman mula-mula jadi WAHM.
1. Cabaran berniaga dari rumah- anak-anak, kerja rumah, diri sendiri
2. Bagaimana mendisiplinkan diri dan anak-anak
3. Cara membahagi masa
4. Cara buat jadual kerja rumah
5. Membuat jadual kerja sendiri
6. Motivasi diri untuk mengekalkan momentum
7. Mendapatkan bantuan dan kerjasama dari suami
Diantara perkara yang saya senaraikan di atas,
terdapat dua perkara penting yang saya perlu buat untuk mengubah diri saya.
Iaitu jadual kerja rumah dan jadual kerja sendiri. Dua perkara ini akan
membuatkan saya secara tidak langsung berdisiplin dan boleh membahagikan masa.
Walaupun
saya memang suri rumah sepenuh masa tapi bila masuk bab pengurusan masa, masih
banyak yang perlu saya perbaiki.
Jadi buat masa ini saya telah cuba susun jadual untuk kerja rumah, anak, dan menulis blog. Masih cuba untuk menyesuaikan masa yang sesuai untuk sesuatu kerja. Mungkin jadual saya akan berubah-ubah setiap hari mengikut keadaan hari. Setiap malam saya akan buat jadual untuk hari esoknya.
Jadi buat masa ini saya telah cuba susun jadual untuk kerja rumah, anak, dan menulis blog. Masih cuba untuk menyesuaikan masa yang sesuai untuk sesuatu kerja. Mungkin jadual saya akan berubah-ubah setiap hari mengikut keadaan hari. Setiap malam saya akan buat jadual untuk hari esoknya.
Untuk
memotivasikan diri saya cuba baca blog ABDR yang lain. Semua blog seperti ada
aura yang tersendiri. Tapi yang paling kuat adalah aura positif. Dari sini saya
faham, aura positif ini yang menarik pembaca untuk setia dengan sesebuah blog. Saya sedang cuba masukkan aura positif ini seperti tukarkan emosi negatif dalam bentuk ayat positif.
Doakan
yang terbaik untuk saya.
No comments:
Post a Comment