Monday, October 26, 2015

Fokus

Teks: Aishah Zainun

Assalamualaikum.

 
Dari mula menulis blog ini saya memang tidak berapa pasti apa yang akan saya fokuskan. Saya minat menjahit tapi tidak pernah belajar secara formal. Maksud saya mengikuti kelas jahitan baju atau kraftangan.

 
Saya minat membaca tetapi untuk menulis, rasa seperti bahasa atau ayat yang saya bina tidak sedap. Ia seperti tidak sampai ke hati pembaca.
 

Saya punya keyakinan diri yang sangat rendah. Saya cuba kuatkan semangat dan yakin tetapi saya selalu kalah. Tidak tahu apa yang perlu difokuskan dan dimana hendak dimulakan, juga bagaimana hendak memulakan. Walau macam mana pun saya ingin buat perubahan. Itulah di antara tujuan saya menyertai ABDR.

 
Saya buat keputusan untuk baca ebook-ebook yang saya dapat daripada ABDR (Akademi Bekerja Dari Rumah). Ada lagi dua ebook yang belum saya baca. Saya harap boleh mendapat idea selepas khatam ebook-ebook tersebut.

 
Rancangan awal nak berehat sambil khatam ebook selama 2 hari sahaja. Tapi terlajak  hampir 2 minggu.Ini kerana suami saya berkerja diluar kawasan (outstation) dan bawa sekali netbooknya yang saya guna untuk menulis blog. Jadinya saya habiskan membaca ebook dan menulis entri dalam buku nota sahaja. Saya sudah ada idea dan rasa yakin untuk menulis semula. Nantikan entri saya yang akan datang dengan  idea baru dan lebih fokus. InSyaAllah.

No comments:

Post a Comment