Teks: Aishah Zainun
Foto: Aishah Zainun
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Macam
mana bermulanya minat terhadap kraftangan felt. Macam ni mulanya.
“Ma
jom buat kreatif”, ajak afifah anak perempuan saya. Bila cuti sekolah, kalau
semua kerja sekolah dah siap, saya dan anak-anak suka buat sesuatu kreativiti
bersama-sama. Saya rasa nak buat sesuatu yang lain dari kebiasaan. Gunting dan
lekat, mewarna, menconteng, dan origami. Semua dah biasa buat. Saya pun cuba
google ‘kreatif untuk kanak-kanak’. Keluar banyak tajuk tentang kreatif kanak-kanak.
Ada tajuk ‘keativiti felt…’ saya klik dan baca sehingga membawa saya ke laman
sesawang yang menjual kit diy felt.
Dengan
bantuan suami saya pun memesan kit tersebut. Bermula dari sini saya jatuh hati
dengan kreativiti yang menggunakan kain felt. Ada beberapa kelebihan kain felt
yang saya suka. Diantaranya:
-kain felt tidak memerlukan jahitan tepi
-mudah
dijahit
-kalau
tak nak jahit, boleh digam menggunakan gam UHU
-mudah
digunting mengikut bentuk yang kita suka
-warna
yang sangat menarik
-sesuai
untuk kanak-kanak
Anak
perempuan saya pun boleh menjahit kain felt dengan mudah. Dia baru berusia 10
tahun. Kami selalu membuat kretiviti felt bersama. Berbagai bentuk rantai kunci
yang telah kami hasilkan. Ada yang dihadiahkan kepada kawan-kawan dan guru-guru
anak saya. Sempena hari lahir, hari guru, dan sebagai kenang-kenangan sebab berpindah ke sekolah lain.
Daripada
sinilah bermulanya tempahan. Dan timbul idea untuk menjual kraftangan felt.
Pada 19 haribulan September 2015, sekolah anak saya telah mengadakan ceramah
agama sempena kedatangan Aidil Adha. Saya mengambil peluang ini untuk membuka
gerai menjual kraftangan felt. Alhamdulillah walaupun keuntungan tidak seberapa
tapi saya berjaya memperkenalkan kraftangan felt kepada yang datang ke gerai
saya. Ramai yang berminat dan ingin membuat tempahan.
Kalau
ada peluang saya ingin buka gerai lagi untuk menjual kraftangan felt ini.
InSyaAllah.
No comments:
Post a Comment